Wednesday, December 23, 2009

main-main di library

Hari ni jam 8.30 dah sampai sekolah. Seperti biasa kacau Aizah dengan Rosini di pejabat dulu. Dila tak ada.bercuti dengan keluarga. Jam 8.50 turun ke library.Aduh ... library macam kapal pecah. Tak apalah, salah sendiri. Mulalah bersilat.Buatlah apa yang patut. Amir dan Guo Jun buat aku sedikit terkejut.Mereka sampai jam 9.30.Budak-budak baik tu terus buat kerja setelah bertanya apa yang patut mereka buat.Chi Man datang selepas Calvin.Tambah seronok mereka buat kerja sambil berborak. Pekerja HDA dari Kuantan sampai pukul 10.30. Empat budak putih(?)tu, tekun mendengar tunjuk ajar En. Rahiman tentang automasi PSS.Mereka terus bersilat depan komputer. Asyik sangat. maklumlah pengalaman baru!. Aku buat kerja lain.Tup..tup dah tengahari. Perut pun dah berkeroncong.Keluar kejap. Lepas berjamu, sambung main-main (?) lagi.Mereka balik jam 2.50.Aku teruskan permainan.Tak rasa takut sebab ada orang buat kerja di makmal.Naik jam 4.35. Kacau cek-cek Mek Molek tu lagi.5.05 petang keretaku meluncur keluar dari perkarangan sekolah.

No comments:

Post a Comment